IMPIANKU BERMULA DI SINI

Friday, 15 November 2013

SENGGUGUT??

Sengugut: Apakah Itu Sengugut dan Cara Mengatasinya

Sengugut adalah masalah utama yang sering melanda kaum hawa tak kira remaja ke, perempuan ataupun wanita. Sebenarnya sakit sengugut memberi petanda awal yangmenunjukkan sistem dalam badan tidak berada dalam keadaan sempurna ataupun baik.
  
Ia mungkin jadi petanda awal kepada ketidaksuburan (untuk mendapatkan anak) ataupun masalah berkaitan dengan sistem peranakan (rahim) seperti endometrisis ataupun fibroid.

Apakah Itu Sengugut?


Sengugut pada nama saintifiknya adalah dismenorea (dysmenorrheal). Ia merujuk kepada kesakitan pada permulaan untuk haid (datang bulan). Biasanya ia berlaku pada hari pertama ataupun kedua period yang mana boleh menganggu aktiviti harian.
 

Mengapa Terjadinya Sengugut?

Sengugut: Apakah itu Sengugut dan cara mengatasinya

 
Antara sebab terjadi sengugut adalah:
     1. Salah sebab terjadi sengugut disebabkan hormon yang tidak seimbang 
         (iaitu paras hormon estrogen tidak bersamaan dengan hormon progesterone 
          menyebabkan ketidakstabilan hormon)
     2. Diet juga mempengaruhi faktor sengugut bagi sesetengah wanita
     3. Ketidakstabilan kandungan gula dalam darah.
     4. Serotonin dysfunction (mengalami masalah brain’s mood regulator)
     5. Kekurangan mineral dalam badan (terutamanya kalsium dan asid lemak)

Jenis-Jenis Sengugut

Terdapat dua jenis sengugut iaitu sengugut primer dan sekunder. 

Sengugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasannya terjadi pada orang yang belum berkahwin.

Sengugut sekunder adalah disebabkan endometriosisEndometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvis yang melekat (adhesion) atau juga salur Fallopionya mengalami penyumbatan. Ia terjadi pada wanita yang sudah berkahwin.

Bagi yang mengalami sengugut sekunder, disarankan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk lebih lanjut rawatan dan nasihat. Bagi yang mengalami sengugut primer, Set Sengugut Shaklee yang mengandungi GLA dan Ostematrix disarankan. Pencegahan awal lebih baik daripada merawat kan.

Suplemen yang dicadangkan iaitu GLA adalah Gamma-Linolenic AcidGLA mengandungi EPO (Evening Primrose Oil) yang mana terdiri daripada asid-asid lemak perlu (essential fatty acid). Pengambilan asid lemak perlu memandangkan badan kita tidak menghasilkannya. GLA membantu untuk betulkan betulkan kitar haid, melegakan sengugut dan untuk kulit lebih cantik dan sihat.

Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang sangat diperlukan oleh mereka yang mengalami sengugut.  Darah yang keluar semasa haid menyebabkan badan hilang kalsium untuk setiap bulan. 

Dosage yang disarankan setiap hari adalah:
1. Kalsium = 1500 mg
2. Magnesium =  1000 mg
3. Vitamin D = 400 IU 



Jangan pandang enteng terhadap sengugut anda walaupun ia pada peringkat awal. Kerana ia adalah permulaan ataupun tanda awal pada penyakit dalaman yang tidak diketahui.



No comments:

Post a Comment

NUFFNANG